life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Saturday, May 8, 2010

Sungai di dasar laut - Merupakan bukti kebenaran Al-Quran




Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan

Sungai dalam Laut



Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu.” ( Fushshilat : 53)


Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan : 53)





Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau , beliau seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera diseantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.



Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.






Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.




Sampai pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian beliau pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .” Ertinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.



Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam



Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


BALIK AWAL


- gambar hiasan


Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal
dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal
hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Adli : "Ooo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu dengan tepat..
lalu dia suruh pulang..."

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari
cikgu kamu itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE
MUKA CIKGU ?"

Tuesday, May 4, 2010

Ramainya umat islam.. tetapi

Salam semua, kali ni saya tertarik dengan apa yang sedang rancak berlaku di kalangan kita. Umat Islam memang sudah ramai, tetapi dimanakah mereka? Dimanakah sambungannya perjuangan Nabi terdahulu? Ulama-ulama terdahulu? Adakah ianya terkubur dek kemewahan dunia semata? Atau Islam hanya pada nama tetapi hakikatnya tidak dalam jiwa mereka? Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w, :

عن ثوبان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلي الله عليه والسلام :يوشك الامم ان تداعي عليكم كما تداعي الاكاله الي قصعتها ,فقال قائل :ومن قله يومئز كثير ولكنكم غثاْ كغثأ السيل وليزعن الله من صدور عدوكم المهابه منكم وليقدفن الله في قلوبكم الوهن فقال قا~ل : يا رسول الله وما الوهن ؟قال : حب الدنيا وكراهيه الموت .

Ertinya:
Daripada tsauban r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya,"Apakah dari kami sedikit pada hari itu?," Nabi s.a.w menjawab, bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mempercampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' Seorang sahabat bertanya "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab ,"Cinta pada dunia dan takut pada mati"

Umat Islam pada hari ini telah menggambarkan apa yang disabdakan oleh Nabi kita, umat Islam walaupun sudah menjangkau kini bilangan yang tidak dapat dihitung iaitu lebih 1,000,000 juta (1/5 penduduk dunia) tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain, lihatlah apa yang telah terjadi di Iraq ,dan negara-negara Islam yang ditindas ditanah air sendiri dan Palestin hingga kini yang masih merangkak mencari jalan penyelesaian. Mereka dibunuh dinjak-injak, disakiti dan sebagainya. Dimanakah kekuatan umat Islam yang dahulunya berkobar-kobar melawan bangsa kafir durjana? Dan dimanakah mereka yang ramai itu?

Sekali lagi saya ingin bertanya, dimanakah mereka? Adakah mereka sudah menjadi buih? Apakah itu buih? Buih adalah apa yang dimaksudkan dari sabda Nabi s.a.w, memang ramai sungguh umat Islam zaman sekarang, tetapi yang ada benar-benar ada cahaya iman dalam hatinya hanya segelintir dan selebihnya kebanyakan islam pada nama,mengapa semua ni berlaku,sudah juga dijelaskan dalam sabda Nabi tadi,kerana Allah telah mencampakkan satu jenis penyakit dalam hati umat islam iaitu penyakit wahan atau hubbu dunia wa karahiahmaut yakni cinta dunia dan takut mati.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu penyakit wahan yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu cinta dunia dan takut mati. Penyakit cinta dunia bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah. Faham kan maksudnya?

Penyakit takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat sebarang persiapan untuk ke negara yang abadi. Malah kita tidak tahu di negara mana kita akan tinggal? Adakah negara yang aman sentosa dan penuh dengan kesejahteraan atau negara yang kacau bilau yang penuh dengan penderitaan. Tidak mahu kah kita bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan kelak?

Bangkitlah wahai umat Islam!! Jadiklah orang yang ada cahaya iman dalam hatinya, dan bukan antara yang menjadi buih!!

H.A.T.I

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Wallahua'alam

Tuesday, April 27, 2010

Lagi Perihal Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.




Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.




Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.





p/s: kagum betul eden lepas tengok rancangan al-kuliyah yang berkenaan solat sains.. hampir semua ape yang diatas ni dibincangkan ...

PadaMu Selamanya

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
MilikMu Yang Esa
Selamanya...

PadaMu selamanya ..
Selamanya...



- Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman, dan peliharakanlah hidupku, waktu matiku dan selepas matiku. Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyerahkan imanku, dan hidupku, disisi matiku, selepas matiku, maka jagalah akannya atasku, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu -

P.R.I.N.S.I.P atau P.R.E.N.S.E.T

"Zuke, ko ni macam lalang. Tak der prinsip"

"Eh.. kenapa lak"

"Yelah. Kata boikot KFC.. aritu aku ajak makan KFC ko follow jer"

"Oh. Aku ada prinsip lagi satu"

"Apa dia"

"Kalau orang nak belanja, jangan tolak"


huhu...

Makna Air Mata

Pernahkah saya menangis? Banyak kali dah syeikh, yang untuk kegembiraan pun ada, yang untuk kesedihan pun ada.. Jika menangis, apakah sebabnya? menangis ditinggalkan pasangan? menangis kegembiraan?humph.. apapun, menangis adalah fitrah bagi manusia tetapi dengan tangisan jua la ia mampu memberi sesuatu nilai yang tersendiri.. am i right? Wallahualam

Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan.. pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupun kecil, tapi ia tak pernah kering dengan air mata.. jika boleh dikepung tatkala kita semua manusia di muka bumi ini menangis, apa yang akan berlaku ek? banjir ke kita? melimpah takat mana la tu kan?

Menurut Ibnu Qayyum ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

*Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati, (eden la ni..haha)
*Menangis kerana takut (moga takut itu kepada Allah tentunya..)
*Menangis kerana cinta (sape nak jawab bab ni?)
*Menangis kerana gembira
*Menangis kerana menderita
*Menangis kerana sedih, hina dan lemah
*Menangis kerana untuk mendapatkan belas kasihan orang lain
*Menangis kerana mengikut-ikut orang lain menangis.. (pulak dah..layan citer Hindi kot ni..)
*Menangis kerana orang munafik yakni pura-pura je nangis..


Haa...ada juga tau tangisannya cuma biasa-biasa je, tetapi kan.. bisa memadamkan api neraka tu!!


Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W :"Tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka..
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka
.”

Keterangan :
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisiNya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Jadi, janganlah digelakkan org yg menangis.. nak kata gembengla ape la.. takkanla saje-saje kot nak nangis kan.. Apa-apa pun, pada yang tak pernah menangis or susah nak menangis, mulalah menangis wahai kawan-kawanku.. dengan tangisan, mungkin boleh ia melembutkan hati kita.. kalau keras or susah sangat tu.. paksa diri kita nangis walau macamana pun.. lagi-lagi kalau kita sedang berdoa, doalah dengan sepenuh hati kita.. merayu, menangis, meratap.. bukan pada sapa pun.. just pada Allah.. dah sememangnye kita manusia akan minta pada Allah je kan.. moga kita tak rasa malu untuk menyesali atas semua dosa-dosa kita kt Dia


-selamat menangis semua..-

bila yang kecil itu bersuara..!

Telah pergi seorang budak cerdik ke sebuah negara bukan Islam.. menetap dan bersekolah di sana..
Pada suatu hari di dalam kelas:

cikgu: kamu semua nampak saya?
murid2: ye...nampak..
cikgu: kalo nampak,bermakna ia ada, kamu nampak papan hitam dan kapur ni?
murid2: nampak...
cikgu: bermakna ia ada, nampak pembaris ni?
murid2: nampakla cikgu..
cikgu: bermakna ianya juga ada, nampak Allah?
murid2: tak nampak,..
cikgu: bermakna Allah tak ada..

budak cerdik ni pening je dengan cikgu tersebut.. lalu dia bertanya pada kawan yg duduk disebelahnya..

bdk cerdik: kamu nampak tak otak cikgu tu?
kwanye: tak nampak...
bdk cerdik: maka,cikgu tu takda otak..huhu..

saje-saje nak coret dimasa terluang, lgipun me tengah takde input ni and saje nak kongsi citer yg dibaca kat buku tauhid..

Friday, April 23, 2010

Ruginya Orang Yang Minum Arak

Salam ukhwah buat semua sekali lagi. Entry kali ini bertajuk sedemikian kerana untuk mengisi pertanyaan dari seorang teman yang inginkan kisah untuk dikongsi dalam perihal 'peminum arak'.


Abu Laits mengatakan : "Jauhilah minum arak, kerana didalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:

1. Apabila seseorang itu minum arak, maka kedudukannya seperti orang gila, dan akhirnya ia menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang-orang yang berakal.

2. Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.

3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah s.w.t dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.

5. Minum arak akan mendorong untuk berzina. Sebab seorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.

6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Sebab orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan yang terkutuk.

7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan teman-temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.

8. Orang yang minum arak wajib dihukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti dari api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.

9. Minum arak itu akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

10. Minum arak itu membahayakan, kerana dikhuatiri dicabut akan imannya.


Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :

1. Peminum arak.

2. Orang yang memutuskan silatur rahim.

3. Orang yang mempercayai pada ahli sihir.



Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah s.w.t dari air sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan pelacur wanita. Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk".


Siti Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit, janganlah engkau menziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang telah mengutus saya sebagao nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah s.w.t akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia membantu menghancurkan Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barang siapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"

insan

Ya Allah,

Insan ini temanku,

Mesra kami penawar duka,

Rindu kami menambah cinta,

Rajuk kami membuah ceria,


Ya Allah,

Silaturrahim kami ukhwah fillah,

Bermusuh kami na'uzubillah,

Berpisah mati, insyaAllah,


Ya Allah,

Insan ini sahabatku,

Rahmati kami meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temukan kami di Taman Syurga..




-terima kasih daun keladi buat ustzh Nur Fairusha, moga dirimu akan selalu dirahmati Allah..Ameen

Tuesday, April 20, 2010

ISLAM

Salam. Maaf sebab lama tidak berkesempatan menulis. Waktu membataskan segala-galanya. Sedar atau tidak, semakin lama dirasakan masa itu semakin singkat, semakin menyekat, semakin menghampiri, semakin berebut untuk menoktahkan hidup kita di atas muka bumi ini. Ingin dikongsi entry di bawah hasil coretan Abu’l A’la Al-Maududi.



MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya. Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya iaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

dipetik dari buku "ASAS-ASAS ISLAM" oleh Abu’l A’la Al-Maududi

ujian ALLAH buatku

APRIL 18, 2010 - Tarikh yang pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam dalam diriku. Mungkin dari segi moral, saya agak terganggu dan terusik, namun jika dilihat dari segi keimanan dan ketauhidan, alhamdulillah, rupa-rupanya Allah memang punya cara tersendiri dalam memberi hikmah dan hidayah keatas yang dikehendakiNya. Begitu bersyukur di atas kurniaan cabaran, dugaan ini yang banyak membantu saya dalam melangkah kembali tegap menyusuri dunia yang kian berliku dan usang.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." Al-Ankabut : 2-3


Cintaku padaMu yang akan kekal selamanya, Ya Rahman Ya Rahim...


Walaupun sedikit terkilan dengan kesudahan yang tidak seperti direncanakan, namun qada' dan qadar dari Illahi itu pastinya bersebab. Ramai yang ingin tahu, dan tak kurang pula yang melontarkan pandangan masing-masing. Jangan ada yang tanam syak wasangka mahupun dendam terhadap kisah kami..!! Nauzubillah.


"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri." Al-Mujadilah : 10



Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” An-Nas : 3-6


Yang berlaku sebenarnya, biarlah diri ini, si dia dan Allah yang mengetahuinya. Wallahualam.


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Al-Imran : 29


Bukan niat saya untuk membiarkan rakan taulan untuk terus menduga mencongak kisah yang terselindung, namun saya terpaksa berdiam dalam menjaga keharmonian kedua-dua pihak. BERDIAM MENCARI KEREDHAAN. Tuduhan yang dilontarkan dibiarkan mengalir mengikuti arus waktu. Diam ini bukan diam bersalah, diam ini hanya kerana Allah. Rasional saya menolak pengakhiran yang disudahi dengan kisah menunding jari dan bermasam muka. Permulaan yang baik, seharusnya dinoktahi dengan kesudahan yang mulia juga, walaupun hasil tidak seperti yang dihajati sebelumnya...


'...kita hanya merancang, namun Dia jua la yang menentukannya..'


...Apa yang baik itu tentunya datang dari Yang Maha Esa, dan kekurangan itu tentunya dari diri ini yang serba kerdil dan jahil...

Saturday, April 17, 2010

ISLAM

Salam. Maaf sebab lama tidak berkesempatan menulis. Waktu membataskan segala-galanya. Sedar atau tidak, semakin lama dirasakan masa itu semakin singkat, semakin menyekat, semakin menghampiri, semakin berebut untuk menoktahkan hidup kita di atas muka bumi ini. Ingin dikongsi entry di bawah hasil coretan Abu’l A’la Al-Maududi.



MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya. Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya iaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

dipetik dari buku "ASAS-ASAS ISLAM" oleh Abu’l A’la Al-Maududi

Monday, April 5, 2010

mengenai wanita

Salam teman-temanku semua,

Entry kali ini memang ditujukan sepenuhnya buat kamu wahai wanita. Suka dikongsi bersama tentang 19 hadis-hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita. Moga hidup ini lebih diberkati dan dirahmati olehNya InsyaAllah.


1. DOA perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. APABILA seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfar para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. APABILA seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. APABILA seseorang perempuan sakit melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. APABILA telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. APABILA semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. BARANGSIAPA yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. BARANGSIAPA membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. TIAP perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. PEREMPUAN apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. WANITA yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. AISHAH berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. APABILA memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. WANITA yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. WANITA yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. SYURGA itu di bawah tapak kaki ibu.

17. WANITA yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. BARANGSIAPA mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya syurga.

19. DARIPADA Aishah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Saturday, April 3, 2010

Untuk Kami L.E.L.A.K.I

Salam ukhwah buat teman-temanku..


Dan mereka berseru, "Wahai Malaikat Malik! Biarlah Tuhanmu mematikan kami sahaja!" Dia menjawab, "Sungguh kamu akan tetap tinggal di neraka ini"


Wahai kami, kaum Adam ketahuilah, lelaki yang akan ditarik ke neraka (nauzubillah hi minzaliq) ialah :


* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.




* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.




* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.




* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan dan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.



Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? InsyaAllah..apa yang baik itu datang dariNya dan yang buruk tentu sekali dari hamba yang cetek akal ini. Wallahualam

Kias Chenta

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaannya
Kudratnya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti...

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah darinya

Hanyalah cintanya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun dia maha mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri...

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..

15 pintu syaitan

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita..


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"




15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan beristighfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi




Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Sunday, March 28, 2010

lawak ahad : hantu punya cerita



Tersebutlah kisah dua hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

tips untuk dikongsi bersama

- mengatasi masalah anak-anak yang nakal, degil dan suka melawan cakap ibu bapa


Sumber : Darussyifa'



Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.


Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.



Kaedah Pertama:


Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.



Kaedah Kedua:


Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;



1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.



2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.



3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.



4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.



5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.



6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.



7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.



8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.





Pencegahan Awal


Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut :




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.


Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.


Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.


Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.


Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.


Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.



Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri



1. Doa Bersetubuh

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. (ayat di atas tadi)


2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.




Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)



Wallahu’alam

Saturday, March 27, 2010

just for laugh

petikan dari Harian Metro.. yang patut sangat kita sbg negara Islam mencontohinya..!!!

- petikan salinan ini ditiru bulat-bulat tanpa sebarang tokok tambah ataupun pembetulan. Sila rujuk ke Harian Metro edisi 24 Mac 2010 (Rabu) ruang Global


BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH

Bandar Seri Begawan (Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

Wednesday, March 24, 2010

Al Quran teman di dalam kubur


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya" Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya" Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya..... AMIN

COUPLE itu apa dalam Islam?



Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.


Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?


Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.


Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!


Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )


Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.




Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

carpal tunnel syndrome

Surgery: Annie Levitz lost the feeling in her hands because she was spending so much time texting


A schoolgirl is facing surgery on both wrists after sending more than 100 text messages a day from her mobile phone.

Annie Levitz, 16, who has lost the feeling in her hands and is unable to pick up some objects, has to wear braces on both wrists and also needs pain-killing injections.

Doctors say she is suffering from carpal tunnel syndrome, whereby nerves in the wrist become trapped. The condition is usually associated with frequent computer keyboard use.

Annie, from Chicago in the U.S., insisted she has cut down on her texting habit - but only to 50 a day. 'I know it's not good enough, but I am trying,' she said. 'It's not even good texts. It's things like, "Hey, hey, what's up?".'

She says she now hopes to trade her mobile in for an iPhone - as its touchscreen should make it easier to type out texts.


Annie said that she got scared after she began to develop pain.

‘I started losing feeling in my hands and they'd go numb,’ she explained. ‘I'd go to pick up dishes and things and they'd just fall out of my hands.’

Doctors then diagnosed Annie, a pupil at Adlai Stevenson High School in Lincolnshire, Illinois, about 35 miles north of Chicago, and fitted braces on her wrists.
She has also had cortisone injections to deal with the pain. But Annie will still have to go under the knife in a bid to relieve her discomfort.

Her mother, Carrie Levitz, said she couldn’t take the phone away from Annie because it was her ‘whole social life’.

‘Sure, I've thought about it. But if you have teens you know that doesn't work,’ she said.

‘When we found out that it was carpal tunnel syndrome, I was just angry.'

However, the condition hasn’t deterred Annie from texting – and the teenager still manages to send out up to 2,000 messages a month.

Dr Sofia Aksentijevich, the rheumatologist who diagnosed Annie, said: ‘It's unusual among younger patients, but not unique.’

Symptoms of carpal tunnel include not being able to grasp things or losing your grip, frequent burning, tingling or itching numbness in the palm of the hand and the fingers.

‘I still prefer texting,’ Annie added, ‘but I've learned that some communication is not worth it.’

7 wasiat Rasulullah



salam buat teman-temanku...



“Dari Abu Dzar ra. Ia berkata : saya diberi wasiat oleh kekasihku iaitu Nabi Muhammad SAW dengan tujuh macam perkara iaitu :

1. Mencintai orang-orang miskin daN mendekatkan diri kepada mereka.
2. Memandang kepada orang yang keadaannya di bawah saya dan tidaK memandang kepada orang yang berada di atas saya.
3. Menyambung atau mempererat kekeluargaan sekalipun keluarga saya itu menjauhi saya.
4. Memperbanyak ucapan La HauLa Wa Laa QuwwaTa illa Billah (tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah).
5. Saya harus berkata yang hak atau benar sekalipun dirasakan pahit.
6. Tidak boleh saya mengambil risiko menentang agama Allah terhadap celaan orang yang suka mencela.
7. Jangan sampai saya meminta sesuatu kepada orang lain.”
(riwayat Ahmad dan Thabrani)







1. Tidak sepatutnya memandang rendah dan rasa jijik melihat orang miskin. sikap manusia hari ini menilai orang lain dari segi ‘kebendaan’ menyebabkan adanya jurang dalam perhubungan, cenderung merapati orang-orang kaya dan jadi ‘pengampu’ serta ‘pembodek’.. orang miskin pula tidak diendahkan.. Sepatutnya orang miskin itu dibantu dan dibela nasib mereka. Ikhlas membantu kerana Allah.. sepatutnya orang Islam begini..

2. Pandang orang yang di bawah supaya kita tidak rasa ‘tamak’ dan ‘sarakah’ terhadap dunia ini. Jangan suka pandang orang-orang di atas, itu menyebabkan kita merasa tidak puas dengan apa yang kita ada, dan melahirkan perasaan hasad dengki serta perasaan tidak bersyukur. Namun, untuk perkara baik dan ibadah, kita perlu lihat orang yang lebih banyak ibadah, supaya kita sentiasa ingin beribadah sebaik itu juga. Tapi untuk perkara kebendaan dan cenderung kepada nafsu semata, ada baiknya kita bersederhana sahaja.

3. Eratkan hubungan dengan keluarga, kerana dengan silaturrahim yang baIk dalam keluarga itu membolehkan kita hidup dengan tenang. sedangkan dengan ada ‘permusuhan’ dan ‘pertelingkahan’ akan menyebabkan tidak gembira. teruslah mempererat kasih sayang, sekalipun kita dibenci dan dijauhi..

4. “La HauLa Wa Laa QuwwaTa illa Billah” merupakan satu zikir yang paling mulia untuk menenangkan segala keadaan yang serba menyusahkan. Zikir itu berisi kalimah-kalimah keredaan kita terhadap segala ujian yang diberikan oleh Allah. Bukti penyerahan diri kita terhadap Allah, memohon pertolongan kepada Allah, merendah diri kepada Allah. Dengan itu ketenangan dan kebahagiaan dapat dicapai kerana tiada apa yang kita risaukan, kerana jika benar berserah segala pada-Nya, maka Dia lah sebaik-baik penolong buat kita.

5. Penting berkata yang benar dan jujur, sekalipun ia pahit Buat kita, dan pahit juga buat yang mendengar. supaya tidak berlaku mudarat di beLakang hari. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan agama, berkata benarlah sekalipun akhirnya kita akan dibenci!!

6. Jangan takut dicela dalam mempertahankan agama Allah. Jangan sampai kita sanggup menentang hukum agama hanya kerana menjaga kepentingan kita terhadap manusia. Jangan meninggalkan hukum agama kerana takut dicela dan dipulaukan manusia.. pertahankan agama dengan sunggguh-sungguh!

7. Jangan juga sampai kita meminta-minta, itu adaLah suatu kehinaan. ‘bekerja’ dan ‘berusaha’ lah dengan bersungguh dan penuh kesabaran, pasti Allah akan membantu. Disamping itu, wajib taat kepada-Nya, bersyukur dengan nikmat-Nya, berserah dengan-Nya… & gunaKan cara yang betul dalam mencari rezeki..





Mari kita beramal dengan wasiat ini..
rindu pada kekasih ALLAH..

tanggungjawab sebelum berumah tangga

Salam..dalam merayakan hari bersejarah kaum kerabat keluarga, sahabat handai mungkin, apa kata kita bersama menjenguk erti dalam mempersiapkan diri untuk menempuh alam rumahtangga (buat yang masih solo la..)


Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:




Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ

"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat 34)




Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".

(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)




Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم

"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu


.


Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)




Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد بها إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya".

10 orang yang mayatnya tidak akan reput dan busuk

Salam ukwah buat teman-teman sekali lagi. Maaf sebab lama sudah rasanya tidak menulis dilaman blog sendiri. Ketentuan dari Illahi rasanya dalam merencanakan rentak penghidupan ini - dengan kesihatan diri yang membataskan dan masalah peribadi yang runcing kian terbelit. Namun, alhamdulillah dikali ini dapat lagi saya berkongsi ulasan bersama teman-teman tentang tajuk di atas.



Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.



Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu

airmata Rasulullah s.a.w

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan kuatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, February 12, 2010

When My Mind Is Still

When my mind is still and alone with the beating of my heart,
I remember things too easily forgotten:
The purity of early love,
The maturity of unselfish love that asks --
desires -- nothing but another's good,
The idealism that has persisted through all the tempest of life.


When my mind is still and alone with the beating of my heart,
I can find a quiet assurance, an inner peace, in the core of my being.
It can face the doubt, the loneliness, the anxiety,
Can accept these harsh realities and can even grow
Because of these challenges to my essential being.


When my mind is still and alone with the beating of my heart,
I can sense my basic humanity,
And then I know that all men and women are my brothers and sisters.
Nothing but my own fear and distrust can separate me from the love of friends.
If I can trust others, accept them, enjoy them,
Then my life shall surely be richer and more full.
If I can accept others, this will help them to be more truly themselves,
And they will be more able to accept me.


When my mind is still and alone with the beating of my heart,
I know how much life has given me:
The history of the race, friends and family,
The opportunity to work, the chance to build myself.
Then wells within me the urge to live more abundantly,
With greater trust and joy,
With more profound seriousness and earnest service,
And yet more calmly at the heart of life.

Tuesday, February 9, 2010

Doa Buat Sahabatku..



Ya Allah


Panjangkanlah umur sahabatku

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya

Terangi hatinya dengan nur pancaran iman

Tetapkanlah hatinya

Perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan

Jauhkanlah hatinya pada kejahatan

Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia

dan akhirat



Ya Muhaimin


Jika dia jatuh hati

Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu

Jika dia rindu

Rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu



Ya Allah


Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku

Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki

Rindu abadi dan kasih sejati hanya

untukMu



Ya Allah…

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak... Ameen, ameen Ya Rabbal Alameen

"Malam Pertama Kita"

Satu hal sebagai bahan renungan kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara

Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk kita....
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita...
Bahagian kepala..badan...dan kaki diikatkan
Tataplah....tataplah...itulah wajah kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan...yang telah tiba duluan
Siraman air mawar...pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya....tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing
Di kamar bertilamkan tanah...

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Monday, February 1, 2010

C.I.N.T.A



CINTA BUKAN MENGAJAR KITA LEMAH
TETAPI MEMBANGKITKAN KEKUATAN
CINTA BUKAN MENGAJAR KITA MENGHINAKAN DIRI
TETAPI MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN
CINTA BUKAN MELEMAHKAN SEMANGAT
TETAPI MEMBANGKITKAN SEMANGAT....

CINTA DAPAT MENGUBAH PAHIT MENJADI MANIS
DEBU BERALIH EMAS..
KERUH MENJADI BENING..
SAKIT MENJADI SEMBUH..PENJARA MENJADI TELAGA
DERITA MENJADI NIKMAT
KEMARAHAN MENJADI RAHMAT....

BIAR RINDU ASAL TAK JEMU
BIAR KASIH ASAL TAK BERSEDIH..
BIAR CINTA ASAL TAK TERSIKSA..
BIAR SAYANG ASAL TAK HILANG..
BIAR BERPISAH ASAL HATI TAK BERUBAH...

TUNDUK KE HADAPAN

Perjalanan saujana melapah
Dari kelmarin menuju esok
Ada tompok-tompok
Kelam, kelabu bahkan hitam..

Di atas muka padang kehidupan
Ada gelumang..
Sesiapapun aku tidak boleh bersandar
Cuma seorang insan makhluk
Kerana kuasa memilih itu..
Menangis pun ketawa
Pada jari-jari tangan dan kaki
Pada mata memandang
Pada telinga pendengaran
Dari kepala fikiran
Maya ini adalah gelanggang permulaan..

Tunduklah ke hadapan
Jangan di toleh ke belakang
Dalam meneruskan kembara
Titik putih titik hitam
Ada air jernih sapuan..