life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Thursday, January 28, 2010

kerana terlalu sayangkan KERETA...

Sedih cite ni..sbb tlalu syg kan keta..masa dpn anak jd taruhan..





Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.

“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Tuesday, January 26, 2010

This is what I think...

Maybe, Just Maybe
We were suppose to meet the wrong people before meeting the right one so that, when we finally meet the right person, we will know how too be grateful for that Gift...


Maybe...
it is true that we don't know what we have until we lose it, but.. it is also true that we don't know what we have been missing until it Arrives...


Maybe...
the brightest future will always be based on a forgotten past, after all, you can't go on successfully in life until you let go of your past mistakes, failures and Heartaches...


Maybe...
you should hope for enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, and enough hope to make you Happy...


Maybe...
the happiest of people don't necessarily have the best of everything... They just make the most of everything that comes along their Way...


Maybe...
the best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever Had...


Maybe...
happiness waits for all those who cry, all those who have searched, and all those who have tried, for only they can appreciate the inportance of all the people who have touched their Lives...


Maybe...
you should do something nice for someone every single day, even if it is simply to leave them Alone...


Maybe...
there are moments in life when you miss someone... a parent, a spouse, a lover, a friend, a child... so much that you just want to pick them from your dreams and hug them for real, so that once they are around you appreciate them More...


Maybe...
giving someone all your love is never an assurance that they will love you back. Don't expect love in return. Just wait for it to grow in their heart, but if it doesn't, be content that it grew in Yours...

Thursday, January 21, 2010

are we denying HER rights?

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.


...pasanganku


Bila sedih, aku cari....Mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon Mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak



Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah
".




Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup... membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....




Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, tuhan kepada sekalian makhluk di muka bumi ini, padaMu aku memohon keberkatan dan rahmat agar dapat kiranya Kau mengampuni segala dosa ibu-ibu kami (sama ada yg masih hidup atau yg telah mati), berikanlah ibu-ibu kami pedoman dan ketetapan iman dalam meniti hari-hari yang mendatang, lindungilah ibu-ibu kami dari bisikan syaitan yang menyesatkan..aku memohon padaMu Ya Allah..dengarkanlah rintihan dari anak kecil ini yang terlalu banyak berdosa terhadap insan yang bergelar ibu...makbulkanlah doa kami ini hendaknya..Ameen Ya Rabbal Alamin.."

mitos untuk lelaki (II)....

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: wow! ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih... kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm *tut*!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow! heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm... taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la... bagai pinang di belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian... mesti dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik drive BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...

Kalau perempuan tak cantik drive BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah... caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry, I will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!! gembeng tol.. ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??! sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

- sekadar gurauan semata my fren -

relationship between Me and me perhaps..



Do you know the relationship that you are all looking for? Do you know what it really is?

You want the relationship between you and you. And when you meet a person who looks fondly at you, or who is appreciative of you, or someone you look fondly upon, or someone you appreciate, it just hooks you up to your Inner Being, which is what you want all along.

So the relationship you are all looking for is the relationship between you and you. And everything else is just helpful in that, really.

Don't you find that interesting? That what you really want is a reason to vibrationally connect with who you really are.

And so, you ask so much of people because you say to them, "You need to be the one who causes me to feel good". And what we want to say to all of you is:

If any of you are without the relationship of your dreams right now, that's a wonderful thing. Because now you have an opportunity to work on the relationship that really matters first and foremost. And then, in that connection, the relationship of your dreams will come.

But you are going to discover the relationship of your dreams is really your own Inner Being. It's that infusion of clarity and confidence and wellness, that's what you are reaching for.

And it is nice to have a human friend who holds you as their object of attention and adores you right into your connection. But we want you experience greater independence than that. We want you to say to you lovers, "I love you, but I don't live for you. Because Source Energy flows through me. You are a catalyst to my wellbeing, but you are not essential to my wellbeing. Because I've got that figured out on my own. I have reached for thoughts that give me relief. And I have relieved myself all the way into my full connection of who I really am. And now we can just dance and play together".

Can you feel how you take them off the hook? In other words, do you know how many men/women would flock to you.? (ALL OF THEM!) .if they knew that you would allow them to be as they are and you would not hold them responsible for your happiness.

That's what everyone wants. How much bondage is there in believing that your happiness depends on me, so I've got to figure out what you want, and stand on my head in all those different ways, and it's not even possible!

The greatest gift you can give anyone is to be happy. And we will take that further. The greatest gift you can give to any partner, past, present or future is to be so connected with who you truly are that they are irrelevant to your connection. And when they are irrelevant to your connection, then you are going to have a really good time together. "

~Abraham Hicks

Special thanks to Mdm Coolyss, Boston.

My Next Project is...

I'm glad there is a word out there that describes what is going on. Evolve. Evolved. Evolving. However you choose to use it in a sentence is completely up to you. Right now I'm going to use "evolving" to describe my current situation(s).

I'm evolving and getting better at these things as I get older and more mature, but I have been finding it really challenging lately, to see improvements in all of the several roles and tasks I take on in life.

I like to see results. I like proof, the fine print, the A+, the fast times with running or the pat on the back when I do something right. I haven't been keeping in mind that even when it feels like I'm failing at things or doing a bad job, even when I can only pick out the negatives instead of the positives...I'm still evolving and getting better at life. I'm doing GREAT even though I'm not getting the recognition all the time, but not getting recognition can lead to me sometimes feeling unhappy.

Do you ever feel like you're taking one step forward and two steps back? It's nearly impossible to get to the finish line. In your mind, you're putting everything you can into something, yet you still see no results. It can be so frustrating and unfortunately there is never a quick fix. I spend so much time examining everyone elses behaviors, problems and mental health issues, that I tend to block out time to reflect and examine my own. It's way more fun to solve everyone elses problems and ignore my own fears about the world in front of me. By ignoring my own challenges, I ignore the opportunity to change and grow....to evolve ( getting better)

Today something really great happened to me. I can call it an epiphany if you want, but I'd like to think that this realization has been "evolving" for a while. It's something I have finally recognized and taken responsibility for, something that I am extremely bad at and something I ABSOLUTELY have to fix before I can really make a lasting impression on society.

SELF CARE and finding what makes me REALLY REALLY REALLY HAPPY

I know what you're going to say. "You can't take care of others if you don't know how to take care of yourself". I hear that ALL THE TIME. I ignore it ALL THE TIME. It's hard to believe something like that when you're doing just fine taking care of people ( even when you're not being nice to yourself). Let me tell you what will happen if you don't listen to people when they tell you to take care of yourself, - You will burn out !!

It's remarkable that I am still standing after all this time. After all this time of being this humanitarian and someone with these fairytale type thoughts, These dreams that with the snap of a finger, and with my magic wand, anything is possible. The only reason I'm still standing is probably because Allah hasn't given up on me. And in his own funny way, he has somehow convinced me not to give up on myself. Those previous dreams I've had, have become a tough reality let me tell you. If I'm going to survive, I need to take action immediately.

Perhaps maybe if I had listened to those folks telling me to take care of myself, I wouldn't feel so damn tired all the time. The truth is, I'm not even tired from helping others. I'm tired because I haven't done much to help myself. And now all of a sudden 'it's all coming back to me'. REALITY CHECK ZUKE !! I'm the one who needs the therapist now!! I have recognized that I have problems with self care. I have also come to realize that I could end up doing a HUGE disservice to my family and colleagues by not taking care of my mind and body in my future jobs. So many people are depending on me and not just in my profession, but in my personal life. Not practicing self-care really ends up hurting everyone.

Everyday of feeling unhappy or stressed out has led me to today where I feel in control of changing. I have evolved and am still evolving. I guess you could say I had a bit of relapse with my self-esteem and began second guessing a few things that really shouldn't be second guessed. I am who I am- take it or leave it and it's way too exhausting to be someone I'm not.

The last few days I have done some serious reflection on why I have been in such an over-sensitive and worried mood. I can only blame myself and the way I interpret the world and people around me. I pay too much attention and care too much about what everyone else is thinking about me or wanting from me. I completely disregard the shoes I WANT to walk in.

I tend to live for others and not for myself which then leads me feeling a HUGE loss of identity and feelings of resentment towards people I care about. A perfect example that I can't get out my mind, happened a few weeks ago which has affecting my mind, body and soul..I just pour myself out until I'm running on Empty. That can tend to leave me feeling a little bummed out, worn out and confused. When I say confused, I mean that I just don't understand why I always have to be the one to feel so heavy. I think I'm still learning to control my emotions, and balance my personal life..... these thoughts will never end. It's a scary and exciting time, and it these thoughts and feelings can make me feel very alone and confused.

JAWATAN KOSONG

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Iman, iman dan iman..
Tepuk dada check diri sendiri

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...

Making a Decision in the New Year - Should I Stay or Should I Go?

The beginning of a new year is a time when we promise ourselves we will make important changes. Often we’ve known for awhile that we want to turn our lives in a new direction, but we can’t seem to follow through with such a major shift. Sometimes our inaction involves ambivalence about making the change, lack of will, fear, or all of the above.

One of the most difficult life changes one can make is to break away from a long term relationship. Even if the reasons for the break-up far outweigh those for staying together, loneliness and fear of the unknown can hold us back. As can the sweeter memories that may blur our overall perspective. Regardless of the unhappiness, incompatibility, betrayal, or even abuse that motivates one partner to contemplate leaving the other, it is still common to cling to the slimmest possibility of a happier future. For many of us on the brink of a break-up, when we look at our mate, we see not only the person we know is not right for us, but also the one we once thought was “the one.” It’s not easy to give up on that hopeful image, even in the most hopeless of circumstances. And even when both parties agree that dissolving the relationship is the best course to take, neither is likely to avoid the emotional pain that follows a break-up. Which is why some people put off making the decision until the situation becomes even more unbearable.

So how do we make such an important decision? Is there a general guideline one can follow to make this contemplated change any easier? It may sound simplistic, but one key to making a change is to finally give up on what hasn’t worked in the past. When you reach the point where you can say with conviction, “It is impossible to make this relationship work, and I refuse to be unhappy any longer” you’ll discover that taking decisive action becomes almost automatic. Aina (not her real name), a friend of mine who had endured years of emotional abuse from her husband, got to the point where she told herself, “I’ve had enough unhappiness. From now on, I will own my life-I will not hand it over to anyone else!” In order for Aina to arrive at that decision, she had to firmly declare that she was giving up the struggle to hold onto an unhealthy relationship. Once she made that assertion, she was free to consider what she really wanted from her life and to make new choices.

During this season of new beginnings, we can to learn to let go of an unworkable relationship, even as we acknowledge the good times and loving moments. We can treasure and celebrate those moments even as we conclude that it is now time to make a change. Holding on to illusions about how things could get better-when we know in our hearts that too many chances have been given, and sufficient remedies have been tried-only creates unnecessary suffering.

Again, the key is to know when to give up. When we are in tune with our emotions and our intuition, making the decision to stay or to leave is not so difficult. It will be obvious when we are expending energy on a relationship that has no hope of working out, and that it is time to grow in a new direction. By turning away from a relationship that holds no promise of happiness or fulfillment, we free ourselves to consider new possibilities. And if we are open to new paths, life will always provide them.

Why Are You

Why are you the one?
I can’t lose
What’s the reason that I’m here again it’s crazy?
I keep waiting, but I’m foolish cause you’ll never change.
Wasted all my time and here I am still crying over you, over you

Hey, loving you is so hard,
I keep trying baby,
I just end up with scars
And I keep fighting baby

Loving you is like a battle that I can’t afford to lose, I can’t lose,
So I’m asking you
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing I think about?
Why are you the only one?

But baby you’re no good for me,
No, you can’t be, you can’t be, you can’t be the only one
No, you can’t be, you can’t be, you can’t be the only one

I know I hate it, hate it that I can’t forget you
I try my best but, I’m a mess cause I can’t shake you.
Wanna call you but my pride won’t let it get the best of me, the best of me

Loving you is so hard,
But I keep trying baby,
I just end up with scars
Cause I keep fighting baby

Loving you is like a battle that I can’t afford to lose, I can’t lose,
So I’m asking you
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing I think about?
Why are you the only one?


But baby you’re no good for me,
No, you can’t be, you can’t be, you can’t be the only one
You can’t be, you can’t be, you can’t be the only one
Ohh I can’t believe I’m still crying
And ohh it ain’t because I ain’t been trying
I’m losing sleep cause I can’t help but think about the past
And how we didn’t last, how we didn’t last

(repeat x 2)
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing that I care about?
Why are you the only thing I think about?
Why are you the only one?

But baby you’re no good for me,
No, you can’t be, you can’t be, you can’t be the only one
You can’t be, you can’t be, you can’t be the only one

by - Amerie

Mitos untuk lelaki..

Ko pedulikan dia,
Dia cakap ko tak bagi kebebasan,
Ko tak peduli,
Dia cakap ko tak prihatin...


Ko reject,
Dia cakap ko jual mahal,
Ko terima,
Dia tak pedulikan ko...


Dia tak dapat kejar ko,
Dia kejar kawan ko,
Dia dapat ko,
Dia kejar org lain lagi.


Dia kuar ngan pompuan lain,
Dia ckp kawan,
Ko kuar ngan lelaki,
Dia cakap ko curang...


Ko bagi diri ko,
Dia cakap ko jenis murahan,
Ko tak bagi,
Dia cakap ko tak sayang dia...


Ko merokok,
Dia cakap ko pompuan liar,
Dia merokok,
Dia cakap dia lelaki..


Ko pakai mekap lawa,
Dia cakap ko nak tarik perhatian jantan,
Ko tak reti mekap,
Dia cakap ko tak reti bergaya...


Ko guna duit,
Dia cakap ko boros,
Dia guna duit,
Dia cakap untuk masa depan...


KALO LELAKI BACA NI..,
DIA CAKAP SEMUA NI SALAH,
KALAU KO TAK BAGI BACA,
DIA CAKAP KO KEDEKUT..

bersediakah aku?

Was searching out for a short story to motivate myself (kinda down, really really down right now).. and this is what ive found.. happy reading guys..

Awan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu isyarat merah ketika itu.

Baju merahnya yang agak lusuh melambai-lambai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanannya memegang ais krim , sementara tangan kirinya memegang erat tangan ayah yang memimpinnya.

Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan awam Kg Haji Mat, berjalan menuju ke sebuah pusara tua lalu duduk berhampiran dengan sebuah batu nisan yang diatasnya tertulis “Hajjah Rogayah binti Muhammad 19-Okt-1915 : 20-Okt-1965″

“Nak, ini lah kubur nenek mu. Mari kita berdoa untuk nenek mu yer”.


Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat dan menadah tangan ke atas . Yani juga turut memejamkan mata seperti ayahnya. Sia mendengar setiap patah ayahnya yang sedang khusyuk berdoa untuk neneknya…

“Ayah, nenek masa meninggal dunia, umur nya 50 tahun kan ayah?” .

Ayahnya mengangguk sambil tersenyum. Ayah memandang pusara itu dengan penuh rasa kerinduan pada ibunya.

“Hmmm, maksudnya nenek sudah meninggal 42 tahun kan ayah..?”

Kata Yani berlagak sambil matanya melirik liar, berfikir membuat kiraan dan jarinya cuba menghitung.


“Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 42 tahun … ”

Yani menolehkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, memandang sekeliling, melihat banyak kuburan di sana-sini.

Di sebelah kubur neneknya, ada sebuah kubur tua yang sudah berlumut tertulis “Muhammad Zaini : 19-Feb-1882 : 30-Jan-1910 ”

“Hmm… Kalau kubur itu, orangnya sudah meninggal dunia 106 tahun yang lepas kan ayah?”, jarinya menunding ke arah sebuah nisan betul-betul di sebelah kubur neneknya.

Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya mengusap-usap kepala anak tunggal yang sangat di sayanginya itu.

“Yaa betul lah tu, kenapa adik bertanya begitu?” kata si ayah sambil merenung mata anaknya.

“Hmmm, kelmarin kan ayah ada beritahu selepas adik mengaji quran dengan ayah, bahawa kalau kita mati, tapi kita banyak dosa dan tidak sempat bertaubat sebelum ajal kita, maka kita akan diseksa oleh Allah di neraka kelak” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

“Betul kan ayah?”

Ayahnya tersenyum, mendengar celoteh anaknya yang bijak itu.

“Yaaa, jadi apa yang adik fikirkan?”

“Iya lah… Kalau nenek banyak dosanya, bermaksud nenek sudah diseksa di kubur ini sejak kira-kira 42 tahun yang lalu kan ayah? Tapi kalau nenek banyak pahalanya, bermaksud, sudah 42 tahun lah nenek berehat dan berasa aman tenteram di dalam kubur. Begitu kan ayah?”

Yani terkelip-kelip memandang wajah ayahnya menunggu jawapan kepada pendapat yang dilontarkannya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak sedikit berkerut di keningnya, tampak seolah-olah dia agak terganggu dengan soalan anaknya itu.

“Yer nak, betul lah apa yang kamu katakan. Kamu memang seorang anak yang bijak” jawab ayahnya pendek.

Balik dari menziarah kubur, ayah Yani tampak begitu gelisah di atas sajadahnya. Dia begitu terkesan dengan kata-kata anaknya siang tadi. Dia memikirkan apa yang dikatakan anaknya dengan penuh keinsafan. “42 tahun hingga sekarang. Kalau kiamat datang 100 tahun lagi…142 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur ….” Lalu si ayah tertunduk …menitiskan air mata keinsafan…

Kalau dia meninggal dunia .. tetapi membawa banyak dosa …dan kiamat pula 1000 tahun lagi belum tentu terjadi, bermaksud dia akan diseksa di dalam kubur lebih dari 1000 tahun?

“Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un”. Air matanya semakin banyak menitis. Sanggupkah dia diseksa selama itu? Itu kalau kiamat akan datang lagi 1000 tahun, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu dia terpaksa menderita diseksa menunggu kiamat tiba di dalam kuburnya.

Apa selepas azab kubur, akan menjadi lebih baik? Bukankah akan jadi lebih parah lagi?

Tahankah aku? Padahal terkena percikan minyak panas pun sudah meronta-ronta menjerit kesakitan. Sakit gigi di malam hari pun terasa dunia seperti sudah tiada maknanya lagi. Maka tahankah aku dengan seksaan kubur dan api neraka?

Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku selama ini. Si ayah semakin menunduk, air matanya berlinangan, menitis hingga ke janggutnya.

“Allahumma as aluka khusnul khootimah…” Berulang kali dia mengucapkan DOA itu hingga serak suaranya. Merintih merayu memohon keampunan kepada Tuhannya.

Dia berhenti sekejap ketika terdengar batuk anaknya Yani yang tidur berhampiran tempat solatnya.

Dihampirinya Yani yang tertidur lena di atas katil, mungkin disebabkan keletihan mengikutnya menziarahi kubur tadi. Si ayah lalu membetulkan selimut anaknya.

Yani terus tertidur…. tanpa mengetahui, betapa si ayah sangat terkesan dengan kata-katanya. Si ayah sangat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya akan erti kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan yang menipu daya.

“Tuhan leraikanlah dunia,
Yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidakku mampu,
Mengumpul dua cinta…
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh”

“Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku…”


* A special thanks to Dr. Ezam. May Allah be with you always

Cermin diri, siapa itu?

Siapa dia? Siapa diri ini?

Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesusuk tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat

Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang kulihat itu??

Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?

Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melutut, menganga terburai menatap neraka jahanam
Siksaan yang amat dahsyat?

Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari azab di sana nanti?

Wahai mata…
Apakah yang telah ditatap dan dilihat selama engkau hidup di muka bumi ini?

Tatkala kutatap mulut
Apakah mulut itu
Yang kelak akan berkumit-kamit penuh keyakinan
Mengucapkan Laailaaha Illallah
Di saat malaikat maut datang menjemput?

Ataukah menjadi mulut menganga
Dengan lidah terjulur
Dengan jeritan bingit memekik
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada
Di saat sakaratul maut datang menjelma…

Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam
Yang amat dahsyat
Menjadi pembakar, penghangus kerongkong dan usus

Wahai mulut yang malang
Apakah perkara yang engkau ucapkan
Tipu daya, perkataan dusta, umpat caci, carut mencarut?

Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh
Dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam?

Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
Yang engkau ucapkan untuk menipu

Wahai mulut yang malang
Sedarkah engkau
Betapa engkau jarang sekali
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus
Betapa jarangnya engkau
Dengan syahdu dan ikhlas
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu

Tatkala kutatap tubuh
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di syurga?

Atau tubuh itu yang akan tercabi-cabik hancur
Mendidih di dalam lahar membara jahanam
Kemudian bercantum semula
Menanggung derita yang tak akan pernah berakhir

Wahai tubuh
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan
Berapa banyak orang yang telah engkau khianati dan zalimi
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu
Berapa banyak orang datang meminta pertolongan
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli
Padahal engkau mampu menolong
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas?

Ketika kutatap mu wahai tubuh
Seperti juga ku renung akan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu?
Atau sebagus daki-daki yang melekat ditubuhmu?

Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran

Apakah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu?

Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa ianya berbeza…

Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa aku telah tertipu
Aku tertipu oleh topeng itu

Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
Hanyalah topeng yang menipu belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada
Betapa semua yang indah itu
Hanyalah topeng yang menipu

Sedangkan aku…..
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu…
Aku malu ya Allah…..
Aku tertipu…
Tertipu kerana nafsu diriku…

Wahai Allah…..
Selamatkanlah aku.
Amin ya Robbal ‘Alamiin

me, myself and trust..

No matter the type of relationship, be it romantic, friendly, or between parent and child, an essential ingredient is trust. Trust defines every interaction in a relationship, it builds intimacy and it strengthens bonds. Without trust no relationship can thrive. Unfortunately people don’t always cherish trust the way that they should. Because it is often given freely at first it is also easily taken for granted. When trust has been damaged it can spell doom for a relationship and it can be very hard, if not impossible, to earn back.

Whether or not trust can ever be restored depends on how badly it was damaged and how much the spurned person feels betrayed. If you’ve had your trust betrayed then you know how hard it can be to let go, move on and fix the relationship. More often than not the burned person just wants to cut their losses and end the relationship, and who could blame them? But if you do want to repair the damage, if we want to salvage the relationship and rebuild trust, there are some steps we need to follow. While the person who damaged the trust has their work cut out for them in earning it back the person who was hurt also has a job to do. So how do we move past a major burn and put things back on track? It’s hard but it can be done and these three pointers can help.

1.Let your anger out.
In a quest to save a relationship people who have been hurt often bend over backwards to please their betrayer. Why? Because when we have been betrayed or burned the person who hurts us has sent a clear message that on some level we don’t matter to them as much as they matter to us. In a rebound state of fear of loss this often translates in to the hurt party trying to earn back the other person’s good opinion. It is a knee-jerk reaction and always ends in resentment. The best way to start the healing process is to acknowledge that there has been pain, betrayal and a loss of trust. Once the cards are on the table everybody will have a clearer picture of what they need to do to set things right.

2.Resolve to let it out and then let it go.
Once we let our feelings out we need to let the incident go. This does not mean blind forgiveness, but there is an element of forgiveness involved in this step. If the person who hurt us apologizes and we accept then we need to never rehash the incident. Doing so will only bring back our anger and keep us in emotional limbo. Don’t bring it up as a weapon. Don’t hold it over the other person every time we feel wronged in the future. Acknowledge that it happened, make our feelings and expectations known, and then stop focusing on what damaged the trust and set our sights on rebuilding. We’re only human, we may slip up and throw the incident in the face of our betrayer and if we do don’t beat ourself up over it, apologize and move on. While this step may seem like letting the person who hurt us get off easy in reality we are making things easier on ourself by allowing ourself to be hurt and moving past it.

3.Know that things can never go back to the way they once were and keep our eyes wide open to future betrayals.
The sad reality is that once trust has been damaged it can’t simply go back to the way it once was, no matter how much both parties may want it to. People who do not value trust enough to respect it in the first place more often than not continue that pattern in the future. This doesn’t mean that it is a waste of time trying to rebuild trust it just means that the new trust has to be different. Call it a more mature trust. While trusting a person who has hurt you isn’t impossible it will never be the same kind of wide-eyed trust we give to people when we first let them in. This is not really a bad thing even though it may seem like a loss. Seeing people for who they really are rather than through rose-colored lenses can be a healthy thing. So when you decide to try to give trust a second chance just know that you will be more sensitive to the prospect of another betrayal and forgive yourself if doubt seeps in without real reason.

a philosophy + a life = Life philosohy

People are aware, but not that bothered.


Do you really know where you are going? Do you have a plan-of-action to take the kinks out of your road to the future? ...you can reach and find happiness. You can reach for that plain peace-of-mind which you desire. All you have to do is turn the key and open the door.

And how do you see yourself in fifty years time?

If you have been rejected many times in your life, then one more rejection then one more rejection isn't going to make much difference. If you're rejected, don't automatically assume it's your fault. The other person may have several reasons for not doing what you're asking her to do: none of it may have anything to do with you. Perhaps the person is busy or not feeling well or genuinely not interested in spending time with you. Rejections are part of everyday life. Don't let them bother you. Keep reaching out to others. Keep reaching out to others. When you begin to recieve positive responses, then you are on the right track. It's all a matter of numbers. Count the positive responses and forget about the rejections.

My fantasies are unlikely. But beautiful.

I believe our purpose in life is to be happy. We humans, don't have any greater cause or destiny. There is no bigger picture when it comes to how our race came to be and where we will go. Our existence is nothing more what know it to be. With that said, we only have one life to enjoy and we should be living it as fulfilling as possible. Happiness is a relative feeling and can only be determined by the person who will feel this emotion. I think our world today has made happiness into, more or less, money and material objects. Our objective in life is to be as rich as we can so we can buy all sorts of cool stuff. But in the end, is that what we're aiming for? Is that what we really want? I believe happiness has a greater meaning than a physical form such as a house, car, or TV. Right now our society has made our lives into one big search for sensual satisfaction and immediate entertainment. Yes, this definitely occupies our mind and pleases our senses, but are we in a way, brainwashed to think that is happiness? Happiness is an idea that can obtained through many outlets, but i think we have been tricked into thinking happiness is what we have made the term into today. Why is like this? Possibly because these things keep us as a race content and "satisfied". When we're content we're very easily manageable and therefore our world as we know it, is stable. And we're afraid of instability, but the truth is without anything to contrast with, happiness can turn into nothing. Soon this world will desensitize us and leave us with nothing. Our world isn't all great, the bad makes the good even better. Despair will enhance happiness. Excitement comes with risk, risk is how we grow and evolve as people and as a race. The reason for the need for organized stability is because we are so dependent, we cannot fend for ourselves no longer. So, what is happiness? I believe happiness is the feeling of better those around you, being the best possible person you can be, contributing the most to society and doing all you can to advance the human race mentally. Physically, if we learn to be independent then mentally we can spend our time thinking, enjoying life, and sharing our ideas and thoughts with everyone else. But, again, back to what i said, do whatever makes you the happiness because you define what that happiness is, even if that's sitting in front of a TV or driving around in your Kancil..!!

After a bit of rambling and mixed ideas, i'd like to know what everyone else defines happiness as? And also if your willing to make the necessary adjustments to live that way? Or, are you completely jailed within our society's standards, and you can't do anything about it... Your world controls you but the truth is you create your own world

doa solat Hifzil Quran

بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه و من ولاه

اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات


Wahai ALLAH, Kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat untuk selama nya selagi Engkau menetapkanku dan kasihanilah aku untuk mengharuskan apa yang tidak bermanfaat dan berikanlah aku rezeki baiknya harapan pada apa yang dapat MeredhakanMu.

Wahai ALLAH yang Menghiasi langit dan bumi yang Maha Mulia dan Maha Luhur yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMu wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMu dan cahaya zatMu agar menetapkan hatiku menghafal KitabMu sepertimana Engkau memberiku ilmu, berilah aku rezeki membacanya pada kadar yang dapat MembuatMu redha kepadaku.

Wahai ALLAH yang menciptakan langit dan bumi yang bersifat Keagungan dan Kemuliaan yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMu wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMu dan cahaya zatMu, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMu, Engkau tinggalkan dengan KitabMu lisanku, Engkau hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMu, Engkau lapangkan hatiku dengan KitabMu, Engkau gunakan tubuhku dengan KitabMu, sesungguhnya tidak ada yang menolongku atas kebenaran melainkanMu dan tidak ada yang memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk meninggalkan maksiat, tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

what I have learned?

Alhamdulillah, for the past 30 years, I have learned a lot.. a lesson that......

I've learned - That you cannot make someone love you. All you can do is be someone who can be loved. The rest is up to them.

I've learned - that no matter how much I care, some people just don't care back.

I've learned - that it takes years to build up trust, and only seconds to destroy it.

I've learned - that it's not what you have in your life but who you have in your life that counts.

I've learned - that you can get by on charm for about fifteen minutes. After that, you'd better know something.

I've learned - that it's not what happens to people that's important. It's what they do about it.

I've learned - that you can do something in an instant that will give you heartache for life.

I've learned - that you should always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them.

I've learned - that either you control your attitude or it controls you.

I've learned - that regardless of how hot and steamy a relationship is at first, the passion fades and there had better be something else to take its place.

I've learned - that learning to forgive takes practice.

I've learned - that money is a lousy way of keeping score.

I've learned - that sometimes when I'm angry I have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.

I've learned - that true friendship continues to grow, even over the longest distance. Same goes for true love.

I've learned - that maturity has more to do with what types of experiences you've had and what you've learned from them and less to do with how many years you've lived.

I've learned - that no matter how good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.

I've learned - that it isn't always enough to be forgiven by others.

Sometimes you have to learn to forgive yourself.

I've learned - that no matter how bad your heart is broken the world doesn't stop for your grief.

l've learned - that just because two people argue, it doesn't mean they don't love each other and just because they don't argue, it doesn't mean they do.

I've learned - that sometimes you have to put the individual ahead of their actions.

I've learned - that you shouldn't be so eager to find out a secret. It could change your life forever.

I've learned - that no matter how you try to protect your family or lovers, they will eventually get hurt and you will hurt in the process.

I've learned - that there are many ways of falling and staying in love.

I've learned - that your life can be changed in a matter of hours by people who don't even know you.

I've learned - that even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.

I've learned - that writing, as well as talking, can ease emotional pains.

I've learned - that credentials on the wall do not make you a decent human being.

I've learned - that the people you care most about in life are taken from you too soon.

salam maal hijrah 1431M

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah. Sanggupkah saya? Wallahhualam.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. (Kalau nak diurai kisah-kisah yang lain, maka usaha pembacaan saya haruslah dilipat gandakan). Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka. Cinta kepada Allah, cinta kepada utusanNya, cinta kepada Islam.. Masya-Allah, terlalu kerdil diri ini jika dilihat dari aspek pengorbanan yang telah aku lakukan terhadap agamaMu Ya Allah. Maafkanlah hambaMu ini yang sememangnya penuh dengan dosa-dosa kecuaian. 30tahun bernafas dimuka bumi milikMu, namun terlalu kecil (sekecil zarah mungkin) yang telah aku zahirkan. Aku lalai dan alpa terhadap tuntutanMu yang sebenar, ke jalan yang tentunya menjanjikan segala-galanya.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?

Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah". (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah

Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Hijrah Rasulullah SAW memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.

Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorbanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ada apa dengan nafsu? Memerangi nafsu memang payah, namun terlalu mudah pula untuk menjadi pengikut setianya. Aku berdosa padaMu Ya Allah..!!

Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hijrah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.

Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung. Insya-Allah

..dalam munajat kepada Allah

"Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-'Aalameen."



Selesai solat, saya mengambil masa seketika menunaikan solat hajat. Memohon kekuatan daripada Allah untuk 'menyokong keputusan besar' malam itu. Keputusan yang banyak berpandukan fatwa hati, bahawa ia tenang dengan kebaikan dan resah dengan perkara yang berlawanan. Hati saya tenang, tenang sepenuhnya...dalam munajat kepada Allah.

Seisi berbincang bersama keluarga dimulakan dengan penuh hati-hati. Tidak mudah untuk seorang anak lelaki tunggal seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak dan ayah tentang hasrat hati untuk bertunang. Alhamdulillah, daripada reaksi mereka, saya faham yang mereka bersikap terbuka dalam hal ini. Habis diungkai satu persatu isi hati dan diterjemah. Disebalik wajah 'sakinah' papa dan mama, terpancar harapan setinggi gunung dalam mengharapkan keredhaan dari yang Esa di atas permintaan anak bujang mereka ini.

Rombongan merisik kali 'kedua' diatur. Perbincangan dalam menentukan tarikh pertunangan dicari pasti. 12hb Disember menjadi kenyataan.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Furqan : 74)

Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki atau perempuan yang telah berkahwin secara sah. Jauh dihati, saya bersyukur kerana walaupun jarak kami berdua tidaklah jauh mana, namun di atas kesibukan menjalani tuntutan kerja seharian memberi manfaat dalam kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan...namun kami cuba untuk tidak berlebih-lebihan. Alhamdulillah, kami sependapat dalam hal ini.

Dalam diam, ramai teman yang cuba menyanggah dan terasa hati di atas tindakan saya merahsiakan majlis pertunangan kami. Maafkan kami. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita, "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan" (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a). Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, dan boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. (Dipetik daripada Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil). Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup...selama-lamanya sampai mati.. Insyaallah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami
Sesungguhnya hati kami bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan terhadapMu, bersatu di atas jalan dakwahMu, dan berjanji menegakkan agamaMu, maka Engkau perteguhkanlah ikatan antara kami. Limpahkanlah kami di jalan hidayahMu. Sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan.
Ameen ya Rabb al-'Aalameen

engagement everyone...?

A. ERTI KHITBAH / TUNANG

"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi
zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang" (bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing.

"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.- (Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan
seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak"bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
____________________________________________________________________________________________

B. HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM

Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.

Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.
___________________________________________________________________________________________

C. DALIL ATAUBUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG

Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak.
Contohnya ialah...

1) Hadis Rasulullah saw yang mafhumnya: "tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahawa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / lelaki apabila wanita / lelaki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulama dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga diri saya dan anda semua faham.

2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallahsaw bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: "aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".

2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.
___________________________________________________________________________________________

D. TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH /
BERTUNANG


1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulama (ramai Ulama) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.

2. Jumhur ulama (ramai Ulama) berselisih pendapat dalam mentafsirkan/menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.

3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan,biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana.

'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
_________________________________________________________________________________________

HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI,
MAKHTUBAH-TUNANG WANITA)


HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI (menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG?

> Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad (ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan lelaki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah dari terjadinya maksiat.

> Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya".

> Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).

Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata: "selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang lelaki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal".

Iaitu:-
1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat (berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.]

*mahram - mahram orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan
wanita itu)

*'uruf - adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

JAGA DIRI ya! tolong juga jaga diri orang lain..selalu diriku berpesan dan memanjatkan doa ke hadrat Illahi buat diriku dan si dia agar diberi kekuatan iman dalam mendapat keredhaan untuk menempuh hari-hari mendatang yang mencabar dan penuh liku. Temanku selalu berpesan, "Benda yang elok dan baik, insyaallah akan selalu dipermudahkan olehNya"

untuk kita yang terlupa..

Buat para suami…. bakal suami .......para isteri….bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah….

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.



Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!

Untuk isteri…. renungkanlah. ….

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman dan Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Monday, January 18, 2010

Tanda- tanda Kematian..

Salam. Dalam kita mencari kesempurnaan hidup di dunia ini, mungkin sedikit sebanyak telah melalaikan kita tentang janji pertemuan untuk kembali bertemu dengan Illahi suatu masa nanti. Buat teman yang beragama Islam khususnya, di harap bingkisan ini dapat menyedarkan kita tentang 'perjumpaan' yang pasti akan tiba. Masanya entah bila, esok mungkin, lusa ataupun ... wallahhualam bisawab.

Bacalah...
Mati tak tahu bila..Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahuliah diriwayatkan, memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufurun mereka kepada Allah swt. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan.

Tanda 100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini, cuma sama ada mereka sedar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih; jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi bingung seketika. Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa urusan hutang piutang kita. Insyaallah.

- sumber dipetik dari Mutiara Keimanan -

Yang Akan Membuatkan Kita Terdiam Sejenak..

Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.

Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurang-kurangnya merasa kurang enak kita berbicara tentang kematian.

Kematian.



"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al Mulk : 2)

Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan. Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus. Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.

Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk dan lama-lama membusuk? Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma? Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkan". (Al A'raf : 34)

Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah mengharapkan kematian kerana Allah swt. Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redhaNya dan memenuhi tanggungjawab kepadaNya.

"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu." (adz Dzariyat : 56)

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.

Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid? atau mati di dalam loji najis atau mati di dalam kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak musuh Allah? Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitabNya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran : 102)

Selama kematian itu di dalam Islam dan kerana Islam maka tidaklah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.