life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Tuesday, April 27, 2010

Lagi Perihal Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.




Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.




Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.





p/s: kagum betul eden lepas tengok rancangan al-kuliyah yang berkenaan solat sains.. hampir semua ape yang diatas ni dibincangkan ...

PadaMu Selamanya

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
MilikMu Yang Esa
Selamanya...

PadaMu selamanya ..
Selamanya...



- Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman, dan peliharakanlah hidupku, waktu matiku dan selepas matiku. Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menyerahkan imanku, dan hidupku, disisi matiku, selepas matiku, maka jagalah akannya atasku, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu -

P.R.I.N.S.I.P atau P.R.E.N.S.E.T

"Zuke, ko ni macam lalang. Tak der prinsip"

"Eh.. kenapa lak"

"Yelah. Kata boikot KFC.. aritu aku ajak makan KFC ko follow jer"

"Oh. Aku ada prinsip lagi satu"

"Apa dia"

"Kalau orang nak belanja, jangan tolak"


huhu...

Makna Air Mata

Pernahkah saya menangis? Banyak kali dah syeikh, yang untuk kegembiraan pun ada, yang untuk kesedihan pun ada.. Jika menangis, apakah sebabnya? menangis ditinggalkan pasangan? menangis kegembiraan?humph.. apapun, menangis adalah fitrah bagi manusia tetapi dengan tangisan jua la ia mampu memberi sesuatu nilai yang tersendiri.. am i right? Wallahualam

Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan.. pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupun kecil, tapi ia tak pernah kering dengan air mata.. jika boleh dikepung tatkala kita semua manusia di muka bumi ini menangis, apa yang akan berlaku ek? banjir ke kita? melimpah takat mana la tu kan?

Menurut Ibnu Qayyum ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

*Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati, (eden la ni..haha)
*Menangis kerana takut (moga takut itu kepada Allah tentunya..)
*Menangis kerana cinta (sape nak jawab bab ni?)
*Menangis kerana gembira
*Menangis kerana menderita
*Menangis kerana sedih, hina dan lemah
*Menangis kerana untuk mendapatkan belas kasihan orang lain
*Menangis kerana mengikut-ikut orang lain menangis.. (pulak dah..layan citer Hindi kot ni..)
*Menangis kerana orang munafik yakni pura-pura je nangis..


Haa...ada juga tau tangisannya cuma biasa-biasa je, tetapi kan.. bisa memadamkan api neraka tu!!


Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W :"Tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka..
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka
.”

Keterangan :
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisiNya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Jadi, janganlah digelakkan org yg menangis.. nak kata gembengla ape la.. takkanla saje-saje kot nak nangis kan.. Apa-apa pun, pada yang tak pernah menangis or susah nak menangis, mulalah menangis wahai kawan-kawanku.. dengan tangisan, mungkin boleh ia melembutkan hati kita.. kalau keras or susah sangat tu.. paksa diri kita nangis walau macamana pun.. lagi-lagi kalau kita sedang berdoa, doalah dengan sepenuh hati kita.. merayu, menangis, meratap.. bukan pada sapa pun.. just pada Allah.. dah sememangnye kita manusia akan minta pada Allah je kan.. moga kita tak rasa malu untuk menyesali atas semua dosa-dosa kita kt Dia


-selamat menangis semua..-

bila yang kecil itu bersuara..!

Telah pergi seorang budak cerdik ke sebuah negara bukan Islam.. menetap dan bersekolah di sana..
Pada suatu hari di dalam kelas:

cikgu: kamu semua nampak saya?
murid2: ye...nampak..
cikgu: kalo nampak,bermakna ia ada, kamu nampak papan hitam dan kapur ni?
murid2: nampak...
cikgu: bermakna ia ada, nampak pembaris ni?
murid2: nampakla cikgu..
cikgu: bermakna ianya juga ada, nampak Allah?
murid2: tak nampak,..
cikgu: bermakna Allah tak ada..

budak cerdik ni pening je dengan cikgu tersebut.. lalu dia bertanya pada kawan yg duduk disebelahnya..

bdk cerdik: kamu nampak tak otak cikgu tu?
kwanye: tak nampak...
bdk cerdik: maka,cikgu tu takda otak..huhu..

saje-saje nak coret dimasa terluang, lgipun me tengah takde input ni and saje nak kongsi citer yg dibaca kat buku tauhid..

Friday, April 23, 2010

Ruginya Orang Yang Minum Arak

Salam ukhwah buat semua sekali lagi. Entry kali ini bertajuk sedemikian kerana untuk mengisi pertanyaan dari seorang teman yang inginkan kisah untuk dikongsi dalam perihal 'peminum arak'.


Abu Laits mengatakan : "Jauhilah minum arak, kerana didalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:

1. Apabila seseorang itu minum arak, maka kedudukannya seperti orang gila, dan akhirnya ia menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang-orang yang berakal.

2. Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.

3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah s.w.t dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.

5. Minum arak akan mendorong untuk berzina. Sebab seorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.

6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Sebab orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan yang terkutuk.

7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan teman-temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.

8. Orang yang minum arak wajib dihukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti dari api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.

9. Minum arak itu akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

10. Minum arak itu membahayakan, kerana dikhuatiri dicabut akan imannya.


Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :

1. Peminum arak.

2. Orang yang memutuskan silatur rahim.

3. Orang yang mempercayai pada ahli sihir.



Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah s.w.t dari air sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan pelacur wanita. Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk".


Siti Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit, janganlah engkau menziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang telah mengutus saya sebagao nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah s.w.t akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia membantu menghancurkan Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barang siapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"

insan

Ya Allah,

Insan ini temanku,

Mesra kami penawar duka,

Rindu kami menambah cinta,

Rajuk kami membuah ceria,


Ya Allah,

Silaturrahim kami ukhwah fillah,

Bermusuh kami na'uzubillah,

Berpisah mati, insyaAllah,


Ya Allah,

Insan ini sahabatku,

Rahmati kami meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temukan kami di Taman Syurga..




-terima kasih daun keladi buat ustzh Nur Fairusha, moga dirimu akan selalu dirahmati Allah..Ameen

Tuesday, April 20, 2010

ISLAM

Salam. Maaf sebab lama tidak berkesempatan menulis. Waktu membataskan segala-galanya. Sedar atau tidak, semakin lama dirasakan masa itu semakin singkat, semakin menyekat, semakin menghampiri, semakin berebut untuk menoktahkan hidup kita di atas muka bumi ini. Ingin dikongsi entry di bawah hasil coretan Abu’l A’la Al-Maududi.



MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya. Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya iaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

dipetik dari buku "ASAS-ASAS ISLAM" oleh Abu’l A’la Al-Maududi

ujian ALLAH buatku

APRIL 18, 2010 - Tarikh yang pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam dalam diriku. Mungkin dari segi moral, saya agak terganggu dan terusik, namun jika dilihat dari segi keimanan dan ketauhidan, alhamdulillah, rupa-rupanya Allah memang punya cara tersendiri dalam memberi hikmah dan hidayah keatas yang dikehendakiNya. Begitu bersyukur di atas kurniaan cabaran, dugaan ini yang banyak membantu saya dalam melangkah kembali tegap menyusuri dunia yang kian berliku dan usang.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." Al-Ankabut : 2-3


Cintaku padaMu yang akan kekal selamanya, Ya Rahman Ya Rahim...


Walaupun sedikit terkilan dengan kesudahan yang tidak seperti direncanakan, namun qada' dan qadar dari Illahi itu pastinya bersebab. Ramai yang ingin tahu, dan tak kurang pula yang melontarkan pandangan masing-masing. Jangan ada yang tanam syak wasangka mahupun dendam terhadap kisah kami..!! Nauzubillah.


"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri." Al-Mujadilah : 10



Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” An-Nas : 3-6


Yang berlaku sebenarnya, biarlah diri ini, si dia dan Allah yang mengetahuinya. Wallahualam.


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Al-Imran : 29


Bukan niat saya untuk membiarkan rakan taulan untuk terus menduga mencongak kisah yang terselindung, namun saya terpaksa berdiam dalam menjaga keharmonian kedua-dua pihak. BERDIAM MENCARI KEREDHAAN. Tuduhan yang dilontarkan dibiarkan mengalir mengikuti arus waktu. Diam ini bukan diam bersalah, diam ini hanya kerana Allah. Rasional saya menolak pengakhiran yang disudahi dengan kisah menunding jari dan bermasam muka. Permulaan yang baik, seharusnya dinoktahi dengan kesudahan yang mulia juga, walaupun hasil tidak seperti yang dihajati sebelumnya...


'...kita hanya merancang, namun Dia jua la yang menentukannya..'


...Apa yang baik itu tentunya datang dari Yang Maha Esa, dan kekurangan itu tentunya dari diri ini yang serba kerdil dan jahil...

Saturday, April 17, 2010

ISLAM

Salam. Maaf sebab lama tidak berkesempatan menulis. Waktu membataskan segala-galanya. Sedar atau tidak, semakin lama dirasakan masa itu semakin singkat, semakin menyekat, semakin menghampiri, semakin berebut untuk menoktahkan hidup kita di atas muka bumi ini. Ingin dikongsi entry di bawah hasil coretan Abu’l A’la Al-Maududi.



MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya. Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya iaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

dipetik dari buku "ASAS-ASAS ISLAM" oleh Abu’l A’la Al-Maududi

Monday, April 5, 2010

mengenai wanita

Salam teman-temanku semua,

Entry kali ini memang ditujukan sepenuhnya buat kamu wahai wanita. Suka dikongsi bersama tentang 19 hadis-hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita. Moga hidup ini lebih diberkati dan dirahmati olehNya InsyaAllah.


1. DOA perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. APABILA seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfar para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. APABILA seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. APABILA seseorang perempuan sakit melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. APABILA telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. APABILA semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. BARANGSIAPA yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. BARANGSIAPA membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. TIAP perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. PEREMPUAN apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. WANITA yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. AISHAH berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. APABILA memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. WANITA yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. WANITA yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. SYURGA itu di bawah tapak kaki ibu.

17. WANITA yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. BARANGSIAPA mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya syurga.

19. DARIPADA Aishah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Saturday, April 3, 2010

Untuk Kami L.E.L.A.K.I

Salam ukhwah buat teman-temanku..


Dan mereka berseru, "Wahai Malaikat Malik! Biarlah Tuhanmu mematikan kami sahaja!" Dia menjawab, "Sungguh kamu akan tetap tinggal di neraka ini"


Wahai kami, kaum Adam ketahuilah, lelaki yang akan ditarik ke neraka (nauzubillah hi minzaliq) ialah :


* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.




* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.




* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.




* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan dan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.



Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? InsyaAllah..apa yang baik itu datang dariNya dan yang buruk tentu sekali dari hamba yang cetek akal ini. Wallahualam

Kias Chenta

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
Indah maya alam ciptaannya
Kudratnya ku agungi

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti...

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka
Anugerah darinya

Hanyalah cintanya
Yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun dia maha mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji
Naluri...

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji
Asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia
Hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia..

15 pintu syaitan

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita..


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"




15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan beristighfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi




Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa