Sunday, January 17, 2010
Wanita Setia
Wanita
cintamu hanya sekali
adalah beban setia
di bahu sepanjang hayatmu
kerana kerelaanmu
kasih sayang berabad
engkau pantang terpedaya
dalam bisu
mindamu berkira
dalam katamu ada doa
Wanita
engkau tenang dengan
pelbagai gelombang hidup
dan ombak jiwa
yang membuat engkau
tersadai di pantai rasa
engkau tenang dengan bicara badai
kerana cinta laut dan pantai
selalu berubah andai
Debuan warna duga membuatmu
sering kali menangis
namun beban manismu
berada di persada
wanita mulia
kerana di telapak kakimu
adanya syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment