life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Saturday, March 27, 2010

petikan dari Harian Metro.. yang patut sangat kita sbg negara Islam mencontohinya..!!!

- petikan salinan ini ditiru bulat-bulat tanpa sebarang tokok tambah ataupun pembetulan. Sila rujuk ke Harian Metro edisi 24 Mac 2010 (Rabu) ruang Global


BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH

Bandar Seri Begawan (Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

2 comments:

Rose said...

tabik spring kat pemerintah Brunei..tapi negara kita ?..sungguh mendukacitakan...

zukie_79@yahoo.com said...

negara kita mengaku gak sebagai negara Islam.. Agung org Islam, Perdana menteri pun org Islam, agama rasmi negara pun Islam - tapi yg sedihnya, part mana satu yg islam nya? setakat nama sahaja ke? takut bila memikirkan yg kita semua nnt bakal ditarik sama ke neraka jahanam (nauzubillah) kerna tidak menegur dan menegakkan yg benar..!! wallahualam