life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Friday, April 23, 2010

Ruginya Orang Yang Minum Arak

Salam ukhwah buat semua sekali lagi. Entry kali ini bertajuk sedemikian kerana untuk mengisi pertanyaan dari seorang teman yang inginkan kisah untuk dikongsi dalam perihal 'peminum arak'.


Abu Laits mengatakan : "Jauhilah minum arak, kerana didalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:

1. Apabila seseorang itu minum arak, maka kedudukannya seperti orang gila, dan akhirnya ia menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang-orang yang berakal.

2. Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.

3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah s.w.t dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.

5. Minum arak akan mendorong untuk berzina. Sebab seorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.

6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Sebab orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan yang terkutuk.

7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan teman-temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.

8. Orang yang minum arak wajib dihukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti dari api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.

9. Minum arak itu akan menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

10. Minum arak itu membahayakan, kerana dikhuatiri dicabut akan imannya.


Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :

1. Peminum arak.

2. Orang yang memutuskan silatur rahim.

3. Orang yang mempercayai pada ahli sihir.



Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah s.w.t dari air sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan pelacur wanita. Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk".


Siti Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit, janganlah engkau menziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang telah mengutus saya sebagao nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah s.w.t akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia membantu menghancurkan Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barang siapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"

No comments: