life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Thursday, January 21, 2010

..dalam munajat kepada Allah

"Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-'Aalameen."



Selesai solat, saya mengambil masa seketika menunaikan solat hajat. Memohon kekuatan daripada Allah untuk 'menyokong keputusan besar' malam itu. Keputusan yang banyak berpandukan fatwa hati, bahawa ia tenang dengan kebaikan dan resah dengan perkara yang berlawanan. Hati saya tenang, tenang sepenuhnya...dalam munajat kepada Allah.

Seisi berbincang bersama keluarga dimulakan dengan penuh hati-hati. Tidak mudah untuk seorang anak lelaki tunggal seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak dan ayah tentang hasrat hati untuk bertunang. Alhamdulillah, daripada reaksi mereka, saya faham yang mereka bersikap terbuka dalam hal ini. Habis diungkai satu persatu isi hati dan diterjemah. Disebalik wajah 'sakinah' papa dan mama, terpancar harapan setinggi gunung dalam mengharapkan keredhaan dari yang Esa di atas permintaan anak bujang mereka ini.

Rombongan merisik kali 'kedua' diatur. Perbincangan dalam menentukan tarikh pertunangan dicari pasti. 12hb Disember menjadi kenyataan.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata, "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Furqan : 74)

Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki atau perempuan yang telah berkahwin secara sah. Jauh dihati, saya bersyukur kerana walaupun jarak kami berdua tidaklah jauh mana, namun di atas kesibukan menjalani tuntutan kerja seharian memberi manfaat dalam kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan...namun kami cuba untuk tidak berlebih-lebihan. Alhamdulillah, kami sependapat dalam hal ini.

Dalam diam, ramai teman yang cuba menyanggah dan terasa hati di atas tindakan saya merahsiakan majlis pertunangan kami. Maafkan kami. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita, "Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan" (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a). Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, dan boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. (Dipetik daripada Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil). Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup...selama-lamanya sampai mati.. Insyaallah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami
Sesungguhnya hati kami bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan terhadapMu, bersatu di atas jalan dakwahMu, dan berjanji menegakkan agamaMu, maka Engkau perteguhkanlah ikatan antara kami. Limpahkanlah kami di jalan hidayahMu. Sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan.
Ameen ya Rabb al-'Aalameen

No comments: