life is peachy

life is peachy
time tide waits for no men

Monday, January 18, 2010

Nabi Idris a.s hidup semula selepas mati..



"Dan bacakanlah di dalam kitab alQuran ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar dan ia seorang Nabi."(Maryam : 56)

Nabi Idris a.s seorang nabi dan rasul yang diterangkan di dalam kitab suci alQuran serta menjadi kewajipan bagi setiap muslim mempercayai kenabian dan kerasulannya. Baginda a.s adalah Bani Adam yang pertama diberikan kenabian selepas Nabi Adam dan Syis. Nama penuh baginda ialah Idris bin Yarud bin Mahlil. Nasad keturunannya sampai kepada Syis bin Adam a.s. Baginda adalah datuk kepada Nabi Nuh a.s. Perbezaan antara Nabi Idris dengan Nabi Adam adalah kira-kira 308 tahun.


Nabi Idris adalah orang yang pertama menulis dengan pena, manusia pertama mengajar mengenai poitik peradaban, penulisan undang-undang dan peraturan kehidupan kepada kaumnya, sehingga pada waktunya berkembang sebanyak 188 undang-undang peradaban. Baginda melarang anak (keturunan) Nabi Adam dan Syis daripada kejahatan, tetapi sedikit sekali yang mengikutinya, malah mengajak untuk berhijrah kepada keimanan, tetapi mereka berasa ada keberatan. Mereka bersuara : "Di mana kita boleh menemui kawasan seperti Babil (sebuah wilayah di Iraq - tempat Baginda dilahirkan) apabila berpindah nanti?" Nabi Idris berkata : "Apabila kita berhijrah kerana Allah tentu Allah akan memberikan rezeki yang lainnya." Kemudian baginda dan golongan terbabit keluar hingga sampai ke Mesir, mereka menemui sungai Nil, mereka berhenti lalu memuji Allah, berdiri mengajak manusia ke jalan Allah dan berakhlak mulia. Baginda didakwa menghuni bumi selama 82 tahun, kemudiaan diangkat Allah ke tempat yang mulia."Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya." (AlQuran, surah Maryam : 57)

Ketika Malaikat Maut yang menyerupai seorang lelaki mengunjunginya, baginda sedang berpuasa sepanjang tahun. Menjelang waktu berbuka malaikat datang dengan membawa makanan dari syurga. satu ketika baginda asyik mengerjakan ibadat menyebabkan Malaikat Maut di sisinya terpaksa menunggu hingga terbit fajar. Malaikat Maut itu tadi masih menunggu di sampingnya. Kemudian mereka berjalan bersama dan meneruskan perjalanan selama empat hari. Sepanjang tempoh itu, Nabi Idris dapat melihat pelbagai perkara pelik daripada malaikat yang menyerupai lelaki itu. Disebabkan banyak perkara yang pelik, Nabi idris bertanya : "Siapakah kamu sebenarnya?" Lelaki itu berkata : "Saya Malaikat Maut." Bertanya lagi Nabi Idris "Apakah kamu akan mencabut nyawa setiap orang?" Menjawab lelaki itu "Ya" Nabi Idris bertanya : "Selama empat hari kamu bersamaku, apakah kamu juga mencabut nyawa orang?" lelaki itu berkata : "Ya, saya mencabut beberapa nyawa dan sesungguhnya jiwa makhluk itu untukku sama seperti hidangan di depanku atau seperti kamu menghadapi sesuap makanan." Nabi Idris bertanya lagi : "Wahai Malaikat Maut, apakah kamu datang ini sekadar berkunjung atau mencabut nyawa aku?" Menjawab lelaki itu : "Aku datang hanya untuk berkunjung dengan izin Allah" Nabi Idris berkata : "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan denganmu." Lelaki itu berkata : "Apakah keinginan itu?" Nabi Idris berkata : "Keinginan aku, supaya kamu mencabut nyawaku, kemudian Allah menghidupkan aku kembali, sehingga aku dapat beribadat kepada Allah selepas aku merasai sakaratulmaut." Lelaki itu berkata : "Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali dengan izin Allah." Kemudian Allah memberikan wahyu supaya mencabut nyawa Nabi Idris. Malaikat Maut menurut merintah dan pada masa itu juga baginda mati, tetapi buat seketika saja. Malaikat Maut menangis dan memohon ampun kepada Allah, lalu meminta supaya Allah menghidupkan semula Nabi Idris. Allah menerima permintaan itu lalu menghidupkan kembali Nabi Idris. Kemudian malaikat yang menyerupai lelaki itu berkata : "Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang kamu hadapi?" nabi Idris berkata : "Sesungguhnya, seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup, rasa sakit menghadapai maut itu lebih 1,000 kali gandanya."


Malaikat itu berkata : "Aku lakukan khusus mencabut nyawa kamu berhati-hati dan lembut, belum pernah aku lakukan terhadap orang lain."

No comments: